Pages

Tuesday 29 December 2015

Tuition Fees Yang Mahal Teruk

So.. kalau dah namanya student CAT/ACCA, memang dah sedia maklum yg tuition and exam fee nya adalah mahal, sama la mcm international exam yg lain.

Sebelum masuk kolej, aku memang dah decide sepejal yg mungkin utk menggunakan tenaga pengajar dari KPTM KL utk program CAT-ACCA aku. Asbab musabab nya cuma lah satu; loan MARA.

Tapi memandangkan aku tak berapa yakin yg aku boleh dapat loan mara, (ya MARA eduloan dah bukak 11/12-17/12 haritu), so aku saja-saja google kolej lain yg offer CAT-ACCA programme ni.

So dengan info yg secebis ni, aku dapat merasakan yg kolej yang aku enrol sekarang ni agak mahal.

Aku dulu pernah google,
org kata yuran UiTM murah. Tapi sekarang dah tak ada UiTM yg offer CAT/ACCA.

Dan..
Aku jugak dulu pernah google, option lain utk buat CAT kat tempat yg murah la sikit, adalah KPTM (plus ada MARA). So dgn senang hatinya aku pun masuk KPTM tanpa kaji dulu tempat lain.

Bagi mereka-mereka yg inginkan loan mara (dan rasa mcm dapat sebab tak pernah ada kes apa-apa sebelum ni), boleh apply KPTM.

KPTM
KPTM offer CAT setahun setengah.

Bagi aku ianya agak membuang masa untuk belajar 3 subjek senang dalam masa satu sem.
Boleh dikatakan kebanyakan kawan aku bersenang lenang dan tak lah study sangat sebab terlampau banyak masa terluang (Eh ni Sem 1 je tau, sem 2 and 3 tak tahu lagi haha)

Lagi satu, bila setahun setengah, annual fee yg kita kena bayar kepada ACCA pun dua kali lah.
Again, rugi T_T

Untuk details tentang fee untuk program CAT ni, aku includekan kat bawah ni utk tatapan kalian.


















***
Tapi bagi mereka yg sanggup guna duit sendiri dahulu masa CAT sambil nak berjimat cermat, boleh lah consider tempat lain seperti Kasturi, Sunway, MCKL, JProTraining, FTMS

Sunway College

Sunway College adalah tempat top utk buat CAT ACCA. Sangat famous dalam kalangan students. Dan ramai jugak lah student KPTM akan pergi ke Sunway lepas CAT.

Tapi yuran dia mahal lah lagi dpd KPTM, 
tapi kalau dah mampu, baik pergi yg best terus if alang-alang mahal. Kan? Plus, setahun je k. So kau takyah nak bayar annual fee kat ACCA sampai 2 kali macam kat tempat lain yg offer CAT setahun setengah. 

Tapi tu kalau mampu la.

Untuk yuran Sunway, aku tak jumpa yang latest punya fee. Jumpa yang 2013 ja T_T

Btw MPU subjects aku taktau kena bayar berapa, dia tak tulis dalam tu. Tapi dia cakap lah wajib ambik.

Kasturi School of Accounting

Sepanjang aku dok search ni, aku rasa Kasturi la yg offer tuition fee yg paling murah. Half lebih sikit dpd yg KPTM punya. Nak kata best tak best tu, aku rasa dia best dari segi yuran murah. Nak kata kualiti tu, Kasturi ni ada je produce Prize Winner.

Ni tuition fee untuk Kasturi. Registration fee hanyalah RM50.


















Plus, kalau kau score paper, dapat hadiah duit ok. DUIT.





















Ok lebih kurang mcm scholarship or tuition fee murah la. So kira mcm hadiah duit la jugak kan? Wahaha.

Kalau aku gi Kasturi, dah boleh dapat 75% off utk 2 paper dah -__-
Ruginyaaaa T_T


MCKL

Tuition fee utk MCKL plak, lebih kurang je mahal dia dgn KPTM. Eh tak, silap, mahal lebih sikit dpd KPTM.



Tapi tapi tapi...

Dia ada Merit scholarship jugak. Haa seee hadiah duit lagi!






























J-CAT (JPro Training)

Yang ni memang murah, plus dia buat course ni dalam masa yang terlampau singkat.
Kiranya macam kau boleh completekan CAT dalam masa tak sampai setahun pun.

Sorry lah kalau fee tu dia tulis bukan dalam bentuk table, aku just screen shot je apa yg ada kat dalam blog dia tu. Aku pun malas nak create table untuk bagi senang korang baca haha.


Help College

Hanya full-time basis. Duration setahun setengah. Aku tak jumpa tuition fee structure kat website dorang so aku email and tanya. And ni detailed fee yang dorang kasi dalam bentuk spreadsheet.

Mahal dia dah serupa Sunway dah aku tengok.





PTPL College

Aku rasa PTPL pun murah jugak, dan ianya dalam masa setahun je.

Hm ada kemungkinan aku akan pilih PTPL untuk sambung CAT sebab kolej ni ada kat Penang, and aku boleh ulang alik Penang-Kedah dengan ayah aku bila dia pergi kerja. Dia kata dekat je ofis dia dengan PTPL tu.

Wahh jimat duit accommodation and makan! T_T




Hmm tapi yang tak best nya pasal PTPL ni, kelas dia seminggu 3 hari je. And untuk semester Jan depan, cuma ada FA1, FA2, MA1, MA2 and FAB. Haih, so FAB and MA2 jela aku boleh ambik T_T

Tapi serious murah.


Sentral College (Penang)

Aku ada whatsapp Sentral College ni, tapi dia kata dia tak sure berapa exact amount. Dia kata nanti dia tanya kat Head of Department. Dia ada la cakap dalam RM 11,000 + macam tu.

Aku dengar je 11k terus rasa macam malas nak ambik tahu hahaha. Tapi aku mintak jelah and suruh dia inform aku the detailed fee tu kalau dia dah tanya kat Head of Dept dia tu.


******
So sekali lagi aku tegaskan, kalau yg memang mengharapkan loan mara and kalau tak ada loan tu boleh membuatkan kau stop study, maka ambik lah KPTM.

Tapi kalau rasa boleh support dgn duit sendiri dalam keadaan sangat berjimat cermat, ada ja option lain yg offer tuition fee yg murah sikit berbanding KPTM.

***
Tempat yang tak offer CAT :
- Elite Jaya
- TARC
- Disted College

Taylor, FTMS, Stamford, etc ada ja CAT kalau tak silap aku, tapi aku cari tuition fees dorang kat website tak jumpa. Nak email, malas haha. Sebab aku rasa yg fee dorang pun macam mahal. So aku malas nak korek-korek lagi dah haha,


*******************
Nak tahu tuition fee yg paling murah yang tak payah bayar tuition fee langsung, yang hanya bayar exam sahaja?

Self-study.

Belajar sendiri kat rumah and just ambik exam je kat mana-mana exam centre yg kita nak.
Possible je benda ni, just kena study sendiri. Tu je.
Ambik nota dalam opentuition and/or beli buku teks and/or revision kit.

Alah self study macam masa SPM dulu, yang mana kau tak pernah pun pay attention masa cikgu ajar kat depan tapi boleh score bila time exam sebab pulun macam orang gila seminggu sebelum exam tu.

Haa macam tu lah. Kalau rasa boleh buat macam tu, tak ada masalah. Ramai je self-study :)


***
Aku rasa 4 subjek first tu (FA1, FA2, MA1, MA2) macam boleh je study sendiri, tak susah mana pon. Tapi tu lah, aku baru tahu T_T Kalau tak, boleh save RM4000-5000. Adehh.


p/s : Aku ada buat entry di mana aku combine nearly all FAQs yg orang selalu tanya tak kira lah kat email ke komen ke. So aku rasa sangat berbesar hati kalau korang baca entry-entry ni dulu FAQ CAT ACCA (pasal course ni), FAQ CAT ACCA KPTM (pasal KPTM), Tuition Fees Mahal Teruk (pasal fees and kolej/uni apa yg offer course ni). And you may email me if you still have doubt even though you have read these entries beforehand at cardiganmerah@gmail.com

Cheers

38 comments:

  1. Teruskan berkarya. Syiok plak baca blog ko wpun bidang aku xde kaitan dgn CAT bca blog ko tau ape itu CAT ngn detail. Ayat ko sempoi ngek so tarik perhatian aku nak baca blog ko. Wpun aku jenis yg xsuka baca blog. Thumbs up girl ! -A-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha terima kasih. Takpe wlpun takde kaitan dgn bidang kau, at least kalau ada orang nak ambik CAT, boleh jugak kau terang sikit2.

      Delete
  2. Ok teruskan berblog. Aku kan baca. Ala lau ade org nak ambik CAT xperlu aku terang aku suh jer dia baca kat blog ko sng. Nak tye ko nie aisha or DS? Ke silap org. Aku baca blog ko ni pun sbb ask.fm

    ReplyDelete
  3. So,kalau yg dh ad dip.acc amek cat-Acca ni ad exemption x?ingtkn nk smbng degree j..tp drpd research rmai ckp acca lg tinggi sijil dia..tp tu lah..ak tkut x lulus j..acca ni..bnyk kira2 ke ad 50%theory 50%kira2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah secara natijahnye memang ACCA lagi tinggi dpd degree. Degree akaun berlambak, tapi yg chartered accountant yang tak ramai and in great demand. Dan Malaysia nak tingkatkan yg bilangan chartered accountant tu.

      Kalau dari diploma, ada je exemption tapi sikit rasanya, utk paper F yang awal2 je. Cer kau tengok kat sini, exemption apa kau boleh dapat. https://portal.accaglobal.com/accrweb/faces/page/public/accreditations/enquiry/main/EnqInstitutionsTable.jspx

      Tapi nak sure lagi, kau email je ACCA and attach kan required doc utk dorang tengok, nanti dorang akan bagitau exemption apa yg kau layak dapat.

      Orang cakap, paper ACCA ni lagi senang kalau kita kerja dulu, sebab ianya professional papers.

      Pasal lulus pulak, kalau nak cakap pasal susah, ada yang passed semua paper dalam first sitting. Kalau nak cakap senang, ada je yang failed sampai 10 kali utk satu paper. Basically it depends on us lah. Kalau kita put on hard work with the correct technique, in shaa Allah boleh :)

      Aku baru CAT, taktahu subjek ACCA tu banyak kira2 ke teori, tapi so far, utk CAT tu 60-40 lah. Aku suggest kau tengok sendiri soalan ACCA tu macam mana sbb ACCA tak sama dgn CAT.

      All the best! :)

      Delete
    2. Owh...okay2..thnks ngn info yg kau bagi...ak sbnrnya bdk kptm juga...ni skrg ak nk apply degree kt kptm kl la ni...dh upu x sudi amek ak..dpt seberng laut pn x dek tajaan..so, ak setia ngn kptm je lah...cuma ak x thu la cm mna ngn environment kt kptm kl sana..kira aci redah je lah..intake pn x thu bila..sengal tak sengal....
      So,untuk kau good luck la :)
      time grad bru ni..ak tgk mcm rmai j dpt grad acca tu..ak kagum r sape yg grad acca tu..

      Delete
    3. Degree KPTM ada March/April intake kan? kalau tak silap aku la haha. Kalau ACCA, sempat je lagi nak masuk, rasanya bebudak CAT sem 3 nak register masuk ACCA 18hb Jan ni kot, eh ke 19? Haha tak ingat dah aku.

      Delete
    4. Yela kot nya..hahahaha...aah yg professional n dip bln ni..so,hostel dia ok x?ak bimbng hstel j..kalau x..ak surrender awal2..cri rumh sewa yg dekt j lah..tu pn klau ada..

      Delete
    5. Sebelum ni aku duduk hostel yg Bayu Condo tu. Cantik lah, sebab bangunan baru. Orang lain rasa macam hostel dia okay je, tapi bagi aku, aku tak selesa sebab satu rumah sumbat 14 orang (maybe aku yg mengada-ngada sebab aku tengok orang lain biasa je). Jauh jugak lah nak kena jalan dari Blok C ke pondok guard tu. Tapi kalau nak compare dgn hostel lain, bayu tu kira dekat lah dengan kolej takyah nak naik lrt/teksi (wlpun kena jalan jauh ke guard).

      Hostel sebulan RM200. Ada je rumah sewa dekat2 and lagi murah dpd hostel (hostel takleh masak and takda fridge. so, tak best)

      Delete
  4. Ok aku silap orang

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Dia ada bagitahu fee, tapi cuma fee utk paper yg saya nak ambik nanti jela, ie F2, FTX and FFM.

      RM 150 utk reg fee
      RM 75 utk resource fee
      RM 650/paper yg saya nak ambik tu. Paper lain saya tak pasti.

      Kalau nak tahu full detail, maybe awak boleh call dorang kot lagi cepat.

      P/s : Sorryyyyyy tertekan delete T_T jari gemok sangat T_T

      Delete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Maaf ter-delete comment ni T_T and tak boleh undo T_T

      Delete
    2. Boleh tinggalkan komen sekali lagi kalau encik nak, kot2 ada orang lain yg singgah sini and terbaca komen encik pasal private tutor yg encik provide tu :)

      Delete
  7. As salam, i was wondering, boleh ke buat CAT dekat kptm tapi sambung ACCA dekat tempat lain yang under yayasan peneraju? thank u ������

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Boleh. Nanti lepas CAT kat KPTM, awak apply la Peneraju. Tak sure waktu bila boleh apply Peneraju utk lepasan CAT bagi kemasukan ACCA January Intake, maybe masa hujung2 CAT kot, sbb saya tengok kat blog orang lain, depa pi interview dlm Dec cemtu. So maybe sebelum tu dah start apply wlpun tgh prepare utk final exam CAT Sem 3.

      Delete
  8. Salam,
    kasturi college ni sama ke mcm kptm kalau kita ambik cat ?

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum..saya student lepasan spm..currently saya orentasi in f6...better if saya ambik cat or f6 sedangkan saya xde basic dlm acc?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam,

      Both okay je eventhough takde basic accounting, nanti dia ajar balik, dont worry. Senanye, syllabus akaun spm tu kecik cinonet je, kalau amik paper cat, ianya sama dgn paper FA1 (first paper dlm cat). So ada basic ke takde basic ke, ok je senanye. Awal2 je struggle sikit sbb tak biasa, lelama tu ok je. Stpm saya taktau syllabus dia cane, tp ok je in shaa Allah. Stpm boleh belajar additional subjects compared to cat, and lagi banyak cabang boleh tembus. Kalau cat, tembus kat acca je.

      All the best!

      Delete
  10. Akak klau kite ambik cat kat kptm pastu bleh ke nk apply untk acca kat uitm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas habis CAT kat KPTM, boleh je sambung ACCA kat tempat lain, tak ada masalah. ACCA tak ada dah kat UiTM, sebab dia dah pindah ke INTEC.

      Delete
    2. Kat ipta x de ke yg ade acca

      Delete
    3. Kalau dari budak degree akaun lepastu uni (ipta) dia offer students dia utk sambung buat PQ ada la, taksure kat mana ada, maybe uum upm kot wallahualam. Tp utk students luar nak apply utk masuk programme tersebut, taktau, sbb biasanya UiTM yg terima application mcm ni.

      Delete
  11. Assalam.My son just finished his foundation in business mgmt at mmu. He's aiming to take up ACCA. Need your opinion on what he shld do nxt. Fyi I was informed he still hv to do CAT. Kutpm offers CAT & ACCA within 4 years @ RM23k±. No exemption given tho he did the foundation. Should he continue at Kutpm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam,

      1) I thought foundation could be used to get into ACCA, it's better to ask ACCA itself rather than the college. And I think no exemptions would be given for ACCA papers if you're from any foundation apart from CAT. I used my foundation (science, not accounting/business) to get into ACCA.

      2) If your son does get into ACCA using the foundation, he will start from F1 and not sure if the college will assist him in giving him classes starting from F1 for ACCA bcs most ACCA students will start from F4/5 since they are from CAT or diploma in accounting (ada certain college tak terima student yg start from F1. KPTM, tak sure, maybe terima je kot but need to inform them kot rasanya. Maybe. Plus F1-3 are actually CAT papers; FAB, FMA and FFA. so they can just place him with the CAT students if there's no other ACCA students taking F1-3 like him

      3) However, if he still needs to take CAT to get into ACCA, just take CAT > ACCA. It's the shortest route, unless he prefers Diploma/Degree for a safer route before taking ACCA later on.

      4) Should /shouldn't he go to KPTM? Tak semua orang sama situation. I dont know what kind of options you have and what outweighs what. Some people might need MARA loan regardless  anything while some might opt for a cheaper fee bcs they will be paying the fee by themselves while others might look for a platinum status/teaching experience.

      5) So my suggestion for you is to list down the pros/cons of the KPTM and the limiting factor that you're currently having, like money/study loan, teaching experience, distance from home, environment, options to go for other colleges (this is swasta, not IPTA so you have options in terms of choosing the colleges) so that you could have a wider picture of options to choose for the best according to your current situation.

      All the best to your son! :)

      Delete
  12. sunway lagi murah ke, kuptm lagi murah? untuk cat. orang kata sunway lagi bagus.. bagus dari segi apa ya?

    ReplyDelete
  13. akak, nk tnya. fees for cat different ke for each uni or sma je semua standard ikut acca?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuition fee - tiap2 kolej/uni berbeza
      CBE fee - tiap2 kolej/uni berbeza
      PBE - ikut standard ACCA

      Delete
  14. Assalam, I have a problem. Mana yg lebih, ambik terus CAT atau DIPLOMA atau STPM PERAKAUNAN PERSENDIRIAN utk ke ACCA. Sy spm 2015 aliran akaun dpt result B ACC.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.

      Cat vs diploma ni, depends pada student tu sendiri. Kalau rasa mampu ambik matrik/asasi setahun, in shaa Allah cat setahun pun mampu bawak (pendekatan dia lebih kurang je, both adalah foundation level). Saya pun takleh nak kata yg mana satu yg lebih sesuai utk student tu sbb saya tak kenal orang tu mcm mana, saya taktau cara dia belajar macam mana, penguasaan bahasa inggeris dia mcm mana, dan kemampuan dia macam mana.

      Kebiasaannya, kalau results SPM power, majority nya boleh la bawak CAT ni sbb dia dah tau cara/teknik belajar yg betul. Kalau dia masih menggunakan teknik belajar yg betul tersebut, in shaa Allah ok la. Kalau straight As tapi tak minat dan malas belajar, tak guna juga.

      Ada sesetengah org prefer diploma sbb dia lebih sesuai/suka belajar slow2, and payah utk dia catch up kalau laju sangat. Bagi dia, better buat slow slow ikut kemampuan diri, compared to ikut cakap orang utk ambik faster route semata mata nak 'cepat habis' tapi hakikatnya tak mampu bawak dan failed.

      Cat ni, kena put effort yg banyak, in shaa Allah pass, dan cara belajar pun kena betul la :) Kalau baca buku sehari 8 jam tapi tak memahami konsep dan just hafal je, boleh je survive tapi survive utk paper yg senang la (4 paper pertama dalam CAT adalah paper yg senang. Dapat 90+ utk that 4 papers adalah normal). Akaun ni basics dia simple je, kalau faham basics in shaa allah mai la soalan mcm mana pun, soalan putar belit mcm mana sekalipun, in shaa allah boleh jawap. Buku teks tebal2 tu bukannya syllabus banyak gila gila ke apa, tapi sebenarnya examples je yg banyak sbb dia nak biasakan students dgn contoh2 soalan yg putar belit (dan maybe buku tu jenis suka guna ayat karangan dan membebel). Basics tetap sama, soalan je berubah.

      So bagi saya, depends pada diri, kalau taknak ambik risk, ambik la diploma. Kalau rasa mampu utk take the risk, then choose cat. Dari segi qualification, mmg menang kat cat la...

      ...Because, high risk, high return :)

      Ohya, cat sama taraf dengan diploma, cuma diploma ada latihan industri dan assignment (in which it is a good thing to consider), manakala cat cuma final exam semata2. Bila ada assignment kita akan belajar skills spt presentation skills, teamwork etc.

      Btw dari segi finance, kalau dapat scholarship, or kaya, ok la ambik CAT. Tapi kalau tak dapat scholarship dan tak mampu dari segi kewangan, tak payah lah.

      STPM pun okay sebab ianya worldwide recognition, dan murah.

      Delete
  15. Kalau kita amik cat and acca ni kat kptm...dia ada bagi potongan pinjaman tak kalau kita past dengan baik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau buat loan mara, maybe ada kot, maybe. Kalau self-sponsored macam tak ada je...

      Delete
  16. nice article great post comment information thanks for sharing
    หนังตลก

    ReplyDelete
  17. "PERCUMA KEPADA GOLONGAN ASNAF & BANTUAN PENUH KEPADA YANG LAYAK!!"

    Assalamualaikum

    [PENGAMBILAN Certified Accounting Technician JANUARI 2019]

    DITANGGUNG PENUH!!!!

    Bagi anak-anak asnaf yang mengikuti program CAT di KPBKL akan menerima:

    �� Yuran Pengajian
    �� Yuran Pendaftaran
    �� Penginapan Asrama PERCUMA!!
    �� Elaun RM300 bulanan sepanjang pengajian

    SEBARKAN KEPADA KENALAN ANDA BAGI MEMBUKA PELUANG MEREKA UNTUK BERJAYA!!

    JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!
    Mohon segera di www.ipb.edu.my

    ATAU

    Boleh juga berdaftar secara "WALK-IN" di KPBKL:- ��‍♂��‍♂��
    Masa : 9.00am - 5.00pm
    Tempat : Bilik Pemasaran Aras Bawah (Bilik Kaca)
    (Sila bawa salinan IC dan salinan keputusan SPM)
    ATAU

    Hubungi BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK & PEMASARAN ditalian : 03-92814054
    ATAU
    Anda juga boleh whatsapp ke: ��

    Pn Kasniah - 019.2606778
    Pn Faridah - 019.3135003
    Cik Nadzlin - 017.6855895
    En Ashraf - 016.2192660
    Ustaz Wan - 011.11355348
    En Zulfakah - 016.3639961

    JUMPA di KPBKL.
    "Bersama Menjulang Kecemerlangan"
    Kolej Profesional Baitumal Kuala Lumpur
    www.ipb.edu.my

    ReplyDelete